• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

oleh Mynewshub
23/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan dalam pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah) pada tahun 2015.

Menurut beliau, selain kumpulan G18 dan bekas ahli PAS, masyarakat sivil termasuk individu serta NGO seperti Ikram turut menjadi penggerak awal penubuhan parti itu.

“Ikram adalah salah satu NGO yang membantu membentuk parti Amanah. Ia adalah satu sejarah yang akan terpahat dalam sejarah penubuhan parti Amanah,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Ikram dan Amanah adalah dua entiti berbeza, meskipun terdapat penglibatan individu daripada NGO itu dalam parti berkenaan.

“Ikram adalah Ikram dan Amanah adalah Amanah. Kemasukan tokoh NGO ke dalam parti politik tidak menjadikan parti itu milik NGO terbabit,” jelasnya.

Beliau memberikan contoh penglibatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam PAS, yang menurutnya tidak menjadikan kedua-dua organisasi itu sebagai entiti yang sama.

Dalam masa sama, Muammar Qaddafi menjelaskan bahawa ahli Ikram yang menyertai Amanah tidak boleh memegang jawatan dalam NGO tersebut, sekali gus membezakan peranan kedua-duanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Muammar Qaddafi

Tags: Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah NasionalIKRAMMuammar QaddafiNGOParti Amanah Negara
Share207Tweet129SendShare

Related Posts

“Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan Pakatan Harapan” – Ismail

“Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan Pakatan Harapan” – Ismail

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh menyifatkan Johor masih ketinggalan berbanding negeri Selangor. Justeru, beliau...

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd