• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

oleh Mynewshub
22/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menegaskan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan penahanan tiga individu di Hulu Selangor yang disyaki terlibat dalam siasatan berkaitan pengurusan dana zakat.

Presidennya, Badlishah Sham Baharin berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan menegaskan bahawa aspek integriti serta amanah sentiasa menjadi teras utama dalam setiap gerak kerja Ikram.

Kata beliau, Ikram menghormati sepenuhnya proses siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan terus memberikan kerjasama selaras dengan keperluan undang-undang serta prinsip keadilan.

“Sebagai langkah pentadbiran dan tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak, individu yang terlibat direhatkan serta-merta daripada semua jawatan dan tanggungjawab dalam organisasi bagi memastikan kelancaran serta ketelusan proses siasatan.

“Ikram ingin menjelaskan perkara ini melibatkan tindakan individu dan tidak melibatkan organisasi secara langsung. Selaras dengan perlembagaan Ikram, jika didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil bagi memastikan integriti organisasi terus terpelihara,” katanya menerusi satu kenyataan di muat naik di media sosial.

Badlishah berkata, Ikram akan terus menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan dan tidak akan mengulas lanjut kes berkenaan sehingga siasatan selesai.

Selain itu, katanya, Ikram komited untuk terus menilai dan memperkukuh amalan tadbir urus organisasi agar telus, berintegriti serta selaras dengan tuntutan syarak dan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Semakan dalaman sedang dan akan diteruskan bagi memastikan penilaian yang menyeluruh,” katanya.

Tambah beliau, Ikram menghargai keprihatinan semua pihak dan memohon ruang diberi kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan sewajarnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Pertumbuhan IKRAM Malaysia

Tags: Dana zakatIKRAMkerjasamaPertumbuhan IKRAM Malaysiasiasatan
Share212Tweet133SendShare

Related Posts

Kerjasama BN-PN Sangat Baik, Mampu Bertahan Lama Demi Selamatkan Negara

Kerjasama BN-PN Sangat Baik, Mampu Bertahan Lama Demi Selamatkan Negara

24/07/2026
0

SEREMBAN – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan berada...

Hannah Yeoh Minta Jangan Teruja Kerjasama BN-PN, Bakal Tenggelam Seperti Kapal Titanic

Hannah Yeoh Minta Jangan Teruja Kerjasama BN-PN, Bakal Tenggelam Seperti Kapal Titanic

24/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yakin kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd