• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Serah Zakat Perniagaan RM4.13 Juta Kepada Maik

oleh Ahmad Albab
13/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4,136,827.39 bagi tahun 2015 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pembayaran zakat itu mencatat peningkatan sebanyak 2.29 peratus atau RM92,559.60 berbanding RM4,044.267.79 pada tahun sebelumnya yang diberikan kepada negeri itu.

“Jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun 2015 yang akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah RM59.3 juta berbanding RM57 juta pada 2014,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyerahkan pembayaran zakat itu kepada MAIK di sini.

Abdul Azeez menyampaikan pembayaran itu kepada Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Ismail Petra yang juga Yang Dipertua MAIK.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah.

Abdul Azeez berkata Kelantan merupakan negeri terakhir dalam siri jelajah penyerahan zakat perniagaan TH tahun ini dan menjadi negeri keempat terbesar menerima sumbangan zakat itu selepas Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor.

Beliau berkata selain pusat zakat, TH turut mengagihkan zakat secara terus kepada golongan asnaf di seluruh negara melalui program tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata TH masih belum mendapat maklum balas secara rasmi mengenai kadar baharu visa haji dan umrah bagi jemaah yang menunaikan ibadah itu buat kali kedua.

“Saya tidak boleh membuat sebarang spekulasi melalui laporan akhbar sahaja. Kami difahamkan kenaikan akan dibuat pada November ini tapi kami belum mendapat sebarang arahan secara bertulis daripada kerajaan Arab Saudi.

“Sebaik surat dikeluarkan, kami akan adakan mesyuarat ahli lembaga pengarah untuk perbincangan, kemudian baru kami keluarkan kenyataan. Insya-Allah kita akan patuh dan ikut segala garis panduan yang dikeluarkan kepada Tabung Haji.

Portal asing, Saudi Gazette pada Ogos lepas melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengumumkan semakan semula caj visa haji dan umrah bagi pelawat asing untuk mengerjakan ibadah itu buat kali kedua dengan caj dianggarkan kira-kira RM2,000 hingga RM3,000 untuk sekali masuk. – BERNAMA

Tags: Tabung HajiZakat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd