• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Faham Apa Hashim Katakan” – Kit Siang

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya tidak faham apa yang Hashim (Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin) katakan,” tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kata beliau, Hashim sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai perkara yang disebutnya tentang DAP dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Tegas Kit Siang, adalah jelas bahawa Abdul Hadi yang telah mengingkari Rangka Kerja Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

“Adalah jelas bahawa Hashim tidak tahu apa yang dikatakannya apabila dia berkata bahawa DAP telah “memungkiri” perjanjian untuk bekerjasama dengan Abdul Hadi.

“Sedangkan Abdul Hadi yang telah mengingkari Rangka Kerja Dasar Bersama dipersetujui oleh PAS sewaktu membentuk Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Hashim semalam bahawa PAS tidak akan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP.

Malah, Hashim berkata, PAS sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP,” kata Hashim.

Kit Siang seterusnya menegaskan, Hashim berhak memberikan pandangan politik tetapi beliau tidak berhak untuk bercakap mengenai perkara-perkara diluar pengetahuannya atau cuba mengenpikan perkara sebenar.

“Untuk makluman Hashim, Pakatan Rakyat berpecah bukan kerana DAP. Hashim perlu belajar mengapa Pakatan Harapan berpecah daripada memberitahu cerita dongeng,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Hashim JasinLim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd