• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rotan Lelaki Jika Ponteng Solat Jumaat

oleh Ahmad Albab
11/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUWAKARTA (Jawa Barat) – Pada setiap Jumaat, kelibat seorang wanita berjubah hitam dan memegang rotan sambil berjalan dengan wajah garang sangat digeruni kaum lelaki di kampung Empangsari di Desa Plered di sini.

Apabila wanita itu muncul, kaum lelaki yang leka melepak di warung atau di tepi jalan raya segera bergegas ke mana-mana masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat.

Sejak hampir 10 tahun lalu, itulah aktiviti Siti Hindun, 64, yang meronda di setiap ceruk kampungnya bagi memastikan tiada lelaki dewasa ponteng solat Jumaat.

Siti Hindun atau lebih dikenali sebagai Mak Gober oleh penduduk kampung berkata, dia membuat rondaan itu semata-mata kerana ibadah.

“Apa yang penting kaum lelaki wajib solat Jumaat dan tiada yang berkeliaran di jalan raya,” katanya ketika dipetik akhbar Radar Karawang.

Menurutnya, sejak 2007, dia dan beberapa rakannya meronda setiap ceruk kampung termasuk kedai, restoran dan lorong kecil bagi mencari lelaki yang ponteng solat Jumaat.

“Kalau ada yang saya jumpa berkeliaran ketika waktu solat Jumaat saya akan pukul mereka.

“Saya bukannya pukul dengan kuat tetapi hanya mahu membuatkan mereka malu dan sedar kewajipan sebagai orang Islam,” jelasnya.

Siti Hindun memberitahu, dia mengambil tindakan itu selepas ramai orang kampung mengadu sikap sebilangan lelaki yang tidak pergi ke masjid untuk solat Jumaat. – Agensi/myMetro Online

Tags: Indonesiasolat Jumaat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Solat Jumaat di Alor Gajah, Melaka

PMX Anwar Solat Jumaat di Alor Gajah, Melaka

07/08/2026
0

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah, Melaka...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd