• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Redza Rosli Sangkal Dakwaan ‘Pilih Bulu’ Terhadap Produksi

oleh Ahmad Albab
24/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Redza Rosli menyangkal dakwaan bersikap pilih bulu terhadap syarikat produksi yang menawarkan tawaran lakonan kepadanya apabila sering dilihat berlakon dibawah produksi sama iaitu Zeel Production.

Redza atau Ahmad Redza Rosli, 24, sebaliknya berkata, dia sentiasa terbuka untuk berlakon dibawah mana-mana produksi namun tidak menafikan rezekinya banyak bersama syarikat produksi berkenaan.

“Isu pilih bulu atau sesuatu syarikat produksi tidak pernah timbul dan saya menyangkal perkara itu.

“Jujurnya saya terbuka untuk berlakon dengan mana-mana syarikat produksi cuma saya mengutamakan produksi yang terlebih dahulu membuat tawaran.

“Harus saya akui kebanyakan projek lakonan saya bersama Zeel Prodcution tetapi itu kerana pihak produksi pantas membuat tawaran lain meskipun penggambaran drama belum selesai,” katanya.

Redza Rosli Sangkal Dakwaan 'Pilih Bulu' Terhadap Produksi
Redza bersyukur rezekinya dalam bidang seni tidak pernah putus.

Dalam pada itu, Redza berkata, dia tidak pernah mengamalkan sikap membodek seperti didakwa sesetengah pihak bagi mendapatkan projek sehingga dia dilihat anak emas syarikat produksi berkenaan.

Katanya, tuduhan sedemikian adalah tidak adil kerana sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam bidang seni secara serius dia sentiasa mengutamakan disiplin dan kualiti kerja untuk mencipta nama.

“Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang seni sebenarnya tidak putus-putus sejak tiga tahun lalu.

“Pada saya tidak timbul isu bodek, anak emas atau apa sahaja tanggapan buruk kerana saya yakin jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan menjaga kualiti kerja, saya tidak perlu bodek sesiapa pun.

“Insya-Allah kerja keras itu akan dibayar dengan kemanisan yang kadang-kadang kita sendiri tidak sangka,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Redza berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jatuh Cinta Buta bersama Zara Zya terbitan Zeel Production untuk siaran Astro Ria.

Selain itu drama bersiri lakonannya bersama Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan iaitu Seindah Takdir Cinta pula tercalon dalam Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) menerusi kategori Drama Rantaian Terbaik. – mStar Online

Tags: dramapelakonproduksiredza rosli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd