Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Aplikasi `Online’ Bantu Golongan...

KUALA LUMPUR - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mewujudkan aplikasi dalam talian dikenali sebagai...

Harapan Yusra Menjadi Pengantin...

PIDIE JAYA (ACEH) - Tiada apa yang boleh diungkapkan menerusi kata-kata untuk menjelaskan...

Fernando Torres Akan Menyertai...

LONDON - Penyerang Sepanyol, Fernando Torres akan menyertai AC Milan secara kekal dari...

Penganggur Dipenjara 6 Bulan,...

SEREMBAN - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh...

Rahang Kanak-Kanak Hidap Kanser Reput Hampir 95%

BESUT – Hampir 95 peratus tulang rahang seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser ‘Infantile Fibrosarcoma’ didapati reput.

Mohd. Syahrizan Ibrahim, 39, bapa kepada Mohammad Syafi Mohd. Syahrizan berkata walaupun berkeadaan sedemikian, anaknya masih mampu menyedut susu yang disalur melalui lubang hidungnya.

“Saya akan tetap berusaha kerana yakin penyakit ini boleh diubati,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini sebelum menghantar Syafi ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan susulan.

Penyakit kanser dihidapi Syafi telah menjadi viral di media sosial hingga mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau menyerahkan wang tunai RM100,000 menerusi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jerteh, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff sebagai sumbangan daripada kerajaan negeri baru-baru ini.

“Saya berterima kasih kepada semua. Bantuan yang diterima daripada orang ramai sudah lebih daripada mencukupi dan tidak tahu bagaimana hendak membalasnya.


“Saya juga masih belum menggunakan wang pemberian kerajaan negeri untuk Syafi kerana telah membeli dan menerima ubatan dan pemakanan secukupnya daripada pelbagai pihak,” katanya.

Katanya, apabila habis barulah beliau akan menggunakan peruntukan tersebut yang diamanahkan untuk Syafi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori