Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

3 Pemimpin PN Perak...

IPOH - Tiga pemimpin utama Perikatan Nasional Perak hari ini menghadap Sultan Perak,...

Trafik Sesak Menuju Ke...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke ibu...

Kes Pelajar Bunuh Diri:...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihat tidak terus membuat kesimpulan berhubung kes pelajar...

Saddam Hussein Masih Lagi...

BAGHDAD - Kerajaan Iraq mengarahkan aset milik lebih 4,200 bekas pegawai Presiden Saddam...

Polis Akan Pertingkat Kawalan Di Perairan Timur Sabah – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan pertingkatkan lagi kawalan keselamatan dengan melaksanakan operasi berterusan di perairan Timur Sabah bagi menggelakkan sebarang insiden pencerobohan berlaku.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini susulan tindakan pihak berkuasa Filipina yang sedang giat melancarkan serbuan di kawasan tumpuan militan di negara itu.

“Operasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memang diteruskan kerana kita bimbang dengan tindakan pihak berkuasa Filipina ini kemungkinan anggota militan ini bertindak melarikan diri ke negara kita.

“Justeru itu, kita akan pertingkatkan lagi kawalan keselamatan bagi mengelakkan mereka bolos ke negara kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Program Diploma Eksekutif Sains Siasatan sesi 2015/2016 di Maktab PDRM di sini, hari Ini.

Menurutnya, operasi Esscom itu turut menyasarkan untuk menangkap individu yang menjadi dalang dalam kumpulan militan terbabit.


“Operasi dan tindakan ini dilaksanakan setiap hari bagi mengesan mereka yang menjadi dalang terhadap kumpulan (militan) berkenaan dan tangkapan terus akan dilakukan terhadap dalang ini,” katanya.

Pada 7 Okt lepas, polis menahan 10 individu yang disyaki menjadi dalang dalam pembocoran maklumat berhubung operasi pasukan keselamatan di perairan Sabah.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada penduduk tempatan dan juga pendatang dari selatan Filipina dan ada di antaranya dipercayai merupakan anggota kumpulan militan Abu Sayyaf. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori