• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Podium: Sebahagian RM70 Juta Peruntukan Untuk Jurulatih

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada peruntukan RM70 juta bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit yang diumumkan dalam Bajet 2017, akan turut digunakan untuk program pembangunan jurulatih di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kementerian akan menggunakan sebahagian daripada peruntukan itu untuk membayar gaji jurulatih di bawah Program Podium dan Kita Juara.

“Saya juga akan cuba cari sedikit peruntukan untuk kita tingkatkan lagi keupayaan AKK (Akademi Kejurulatihan Kebangsaan) dan perkara itu akan saya bincang dengan Dr. Mohd Khairi Zawi selaku Ketua Pegawai Eksekutif ISN (Institut Sukan Negara) nanti.

“Kita bukan sahaja perlukan jurulatih (biasa) tetapi jurulatih berpendidikan yang akan mengajar jurulatih kita dan itulah yang perlu kita belanjakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kejurulatihan Kebangsaan 2016 di Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Jumaat lepas mengumumkan kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi tujuan pembangunan sukan negara tahun depan.

Peruntukan itu termasuk RM450 juta yang dikhususkan bagi penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean Kesembilan, yang mana Malaysia menjadi tuan rumah.

Selain itu, sebanyak RM70 juta turut diperuntukan bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke pertandingan antarabangsa.

Program Podium ialah antara lapan inisiatif di bawah Rangka Kerja Berprestasi Tinggi melibatkan atlet elit normal dan paralimpik.

Persidangan Kejurulatihan Kebangsaan selama dua hari yang bermula hari ini, dihadiri lebih 200 jurulatih berprestasi tinggi.

Ia antara lain bertujuan membincangkan amalan terbaik kejurulatihan, meningkatkan rangkaian dan hubungan kerja antara jurulatih serta memberi motivasi kepada jurulatih untuk meraih kejayaan pada Sukan SEA 2017 nanti. – BERNAMA

Tags: KBSKhairy JamaluddinProgram Podium
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd