• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertimbang Hukuman Penggantungan Terhadap Zamri

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyarankan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mempertimbangkan hukuman yang dikenakan terhadap pelumba basikal profesional negara Mohd Zamri Salleh.

Beliau menyifatkan hukuman yang dijatuhkan kepada pelumba Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) itu agak keterlaluan.

“Dia (Zamri) hanya bertanya berkenaan hadiah kemenangannya yang terdahulu… hanya mempersoalkan perkara itu…beliau telah digantung PKBM…saya rasa hukuman itu tidak setimpal dengan apa yang dilakukannya.

“Saya tidak boleh campur tangan tetapi saya telah minta Pesuruhjaya Sukan bincang perkara ini kerana Zamri antara pelumba yang mungkin akan menggalas cabaran dengan mewakili negara pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pelumba berpengalaman TSG itu telah digantung lesen perlumbaan selama tiga bulan oleh PKBM atas kesalahan menggunakan perkataan yang memburukkan imej badan induk berbasikal negara itu.

Penggantungan dibuat berdasarkan komen yang ditulis pelumba terbabit di laman sosial Facebook berhubung wang hadiah kemenangan yang masih tidak dibayar ketika itu.

Berdasarkan surat tatatertib dikeluarkan PKBM penggantungan pelumba lebuh raya berusia 33 tahun itu berkuat kuasa (24 Okt 2016) sehingga 23 Jan 2017.

Seorang lagi pelumba TSG, Mohd Shahrul Mat Amin, yang dikatakan turut mempersoal kredibiliti PKBM, bagaimanapun dilepaskan dengan amaran.

Dengan penggantungan itu, Mohd Zamri dilarang menyertai mana-mana kejohanan lumba basikal dalam dan luar negara dalam tempoh tersebut.

Susulan penggantugan itu juga, Khairy berkata Zamri mempersoalkan hadiah kemenangan itu menerusi Facebook mungkin kerana terpaksa berbuat demikian selepas menemui jalan buntu.

“Kalau hendak jatuhkan hukuman tak kan lah sampai digantung lesen perlumbaan beberapa bulan…saya rasa itu tidak wajar dan PKBM perlu fikirkan kembali tindakan disiplin tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd