• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Anak Kapal MT Doha Warga Jepun Ditemukan

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Mayat seorang anak kapal MT Doha warga Jepun yang dilaporkan terjatuh dari kapalnya pada 23 Okt lepas ditemukan terapung pada tengah hari semalam di Sungai Ayam dekat Batu Pahat, Johor.

Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Maritim Selatan, Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru menerima laporan daripada Feri Pelican pada 12.30 tengah hari semalam yang menjumpai satu mayat lengkap berpakaian terapung lima batu nautika dari Sungai Ayam.

“Sebuah bot dari Pangkalan Maritim Batu Pahat telah digerakkan ke lokasi berkenaan berdasarkan maklumat tersebut, kemudian mayat dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Batu Pahat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan pakaian mangsa yang tertulis NYK SM HK selain mendapat pengesahan awal daripada ejen kapal MT Doha, pihak kami percaya bahawa mangsa adalah kru yang hilang itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pada 23 Okt lepas, media melaporkan seorang anak kapal MT Doha dikenali sebagai Atsuhiro Kodama yang merupakan ketua jurutera kapal, disyaki terjatuh selepas dia didapati tidak berada di kapal berkenaan oleh kapten kapal kira-kira 6.58 pagi Ahad.

Saiful Lizan berkata lokasi mayat mangsa ditemukan kira-kira 52 batu nautika dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu KM Kukup, Pengawal 49, Kilat 13 serta satu aset udara Helikopter APMM AS365.

“Selain itu, aset daripada Pasukan Polis Marin dan satu bot tunda KTS Success yang disewa khas oleh pemilik kapal MT Doha iaitu Syarikat NYK Ship Management turut membantu operasi berkenaan membabitkan 50 pegawai dan anggota.

“MRSC Johor Bahru telah melaksanakan operasi SAR selama lapan hari bermula 23 Okt lepas dan berakhir semalam bagi mengesan mangsa yang berusia 56 tahun itu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Batu Pahat bagi tujuan pengecaman mayat sama ada dari wakil syarikat mahupun keluarga mangsa yang difahamkan akan tiba di Malaysia esok.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati anggota maritim supaya menjaga keselamatan dan mematuhi segala peraturan kelautan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sejak 2010, sebanyak 324 kes SAR, bantuan aset dan penerbangan ihsan telah diselaraskan MRSC Johor Bahru serta 31 kes SAR telah dilaksanakan bagi tahun ini. – BERNAMA

Tags: KapalMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd