• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Kini Berpangkat Brigadier Jeneral Askar Wataniah

oleh
27/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendahului pemakaian pangkat pegawai kanan sukarela dan kehormat Askar Wataniah (AW) di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Rembau yang berusia 40 tahun itu dinaikkan pangkat daripada Kolonel ke Brigadier Jeneral pada 14 Januari tahun lalu dan beliau kekal di dalam Rejimen 508 Askar Wataniah.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO, sebelum itu ditauliahkan sebagai Komander Rejimen 508 AW yang baharu oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 2014.

Pelantikan beliau turut dipersetujui oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia untuk menggantikan Datuk Shahrom Mohammad yang kemudian dilantik sebagai penasihat Jawatankuasa Pendukung AW.

kj1

Untuk rekod, Khairy muncul sebagai sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 AW pada 2010 lalu

Dilahirkan di Kuwait dan pernah mendapat pendidikan di Universiti Oxford, United Kingdom, beliau menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor selama sebulan.

Turut dinaikkan pangkat ialah Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Brigadier Jeneral (Kehormat) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah sebagai Mejar Jeneral (Kehormat).

Majlis pemakaian pangkat pegawai kanan sukarela dan kehormat AW itu disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri Khairy, Nori Tun Abdullah.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.- Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd