• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Senarai Hitam Kontraktor Bermasalah

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyenaraihitam serta-merta kontraktor dan pembekal yang dikenal pasti gagal menyiapkan projek kerajaan dalam masa yang ditetapkan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata kontraktor yang mempunyai rekod baik dalam menyiapkan projek pula akan diberi keutamaan untuk mendapatkan projek kerajaan seterusnya.

Beliau menegaskan kerajaan tidak lagi boleh menerima atau terus menanggung kerugian atas kegagalan projek yang diberi kepada kontraktor.

“Apa yang berlaku ialah selalunya bila kita ada masalah dengan kontraktor kita tidak boleh tamatkan dia, kita kena tunggu kes selesai dengan kontraktor begitu lama, jadi sementara selesai dalam masa empat hingga tujuh tahun, baru kita boleh mula balik projek tersebut…jadi kos akan meningkat lebih tinggi.

“Terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar kita mesti pastikan bahawa segala perbelanjaan yang dibuat mestilah dapat dinikmati rakyat tanpa sebarang pembaziran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dermasiswa daripada ‘The Holstein Milk Company Sdn Bhd’, di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Johari berkata setiap kementerian dikehendaki memastikan perkara teknikal dalam permohonan tender projek kerajaan seperti urusan tanah, rekaan bangunan, tarikh siap projek serta kos perlu dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum ia diberi kepada mana-mana kontraktor.

“Setiap kementerian kini memantau projek-projek di bawahnya, kalau ada masalah dari segi teknikal dan sebagainya, kementerian tersebut akan maklumkan kepada kita (Kementerian Kewangan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Johari berkata Bajet 2017 yang dijadual dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan akan menyentuh dan membela kehidupan rakyat dalam mendepani situasi ekonomi mencabar.

Johari turut memberi jaminan bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan butiran mengenai pemberiannya akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017 nanti.

Sementara itu majlis hari ini menyaksikan syarikat peneraju industri tenusu tempatan itu menyampaikan sumbangan RM28,600 berupa biasiswa RM50 sebulan kepada 143 pelajar SBJK, bagi bulan Ogos sehingga November 2016. – BERNAMA

Tags: Kerajaankontraktor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd