• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehilangan Remaja Orang Asli Masih Belum Ada Petunjuk

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis masih belum menemui sebarang petunjuk berhubung kehilangan seorang remaja lelaki Orang Asli biarpun operasi mencari dan menyelamat telah masuk hari kesembilan sejak mangsa hilang pada 7 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt. Azry Akmar Ayob berkata gerakan mencari dan menyelamat Rosi a/l Bah Tam, 19, masih diteruskan di kawasan seluas empat kilometer di hutan sekitar Kampung Bandar, Pos Lenjang di Lipis.

“Polis percaya remaja lelaki itu masih berada dalam kawasan pencarian berkenaan. Kita juga menolak sebarang unsur jenayah berhubung kehilangan mangsa yang dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya pada petang 10 Okt lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis juga telah mengambil keterangan anggota keluarga dan beberapa jiran mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Azry Akmar berkata hampir 60 anggota penyelamat termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) Orang Asli, polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat hari ini.

Rosi yang cacat pendengaran, tangan dan kaki itu dilaporkan hilang dipercayai sesat di hutan sekitar Kampung Bandar dan operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan pada 11 Oktober. – BERNAMA

Tags: kes hilangOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd