• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Kandas Di Separuh Akhir, Gagal Pertahan Piala AFC

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Impian kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala AFC tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Bengaluru FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, malam ini.

Kekalahan itu bererti JDT tersingkir menerusi agregat 2-4 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam pertemuan pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Beraksi tanpa tiga tonggak pasukan, Amri Yahyah, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero jelas menjejaskan rentak permainan JDT yang sedikit goyah sewaktu menyerang.

JDT bermula baik apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi ketua pasukan Safiq Rahim yang menanduk bola hasil tangkapan kurang kemas penjaga gol Bengaluru sewaktu cuba menyelamatkan rembatan kencang Safee Sali.

Namun Bengaluru menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi Sunil Chettri yang menanduk masuk sepakan sudut Eugeneson Lyngdoh.

Babak kedua menyaksikan penguasaan bola lebih dimiliki Bengaluru yang banyak mengatur serangan ke kubu JDT.

Hasilnya pada minit ke-67, sepakan lencong Sunil dari luar kotak penalti berjaya menembusi gawang JDT untuk membolehkan pasukannya mendahului 2-1.

JDT terus dirundung malang apabila dihukum jaringan ketiga tuan rumah menerusi Juan Antonio yang menanduk masuk sepakan percuma pada minit ke-75, untuk kedudukan 3-1 yang kekal hingga tamat perlawanan.

Bengaluru akan bertemu Air Force Club dalam aksi final pada 5 Nov depan, selepas kelab dari Iraq itu menewaskan Al Ahed dari Lubnan dengan agregat 3-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir. – BERNAMA

Tags: JDTPiala AFC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd