• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Guna Orang Asli Demi Kepentingan Tertentu – Mohd. Amar

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengingatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik supaya tidak menggunakan isu berkaitan masyarakat Orang Asli untuk kepentingan tertentu.

Mohd. Amar berkata isu berkaitan pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah di Gua Musang tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata.

“Saya harap mereka yang terlibat dalam isu ini betul-betul nak membantu Orang Asli, bukan untuk mengambil kesempatan. Jangan gunakan Orang Asli untuk ‘mileage’ tertentu. Itu harapan kitalah.

“Tak kira siapa-siapapun termasuk parti-parti politik, NGO pun jangan ambil kesempatan atas isu menggunakan Orang Asli sebagai batu loncatan untuk dapat nama dan kredit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Anggota Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Konflik antara pembalak dan Orang Asli tercetus akhir bulan lepas kerana mereka membantah aktiviti pembalakan di HSK Balah.

Kumpulan Orang Asli dilaporkan tidak mahu aktiviti pembalakan diteruskan kerana mendakwa ia memusnahkan hutan dan kawasan tadahan air bukit untuk kegunaan harian masyarakat itu.

Mohd. Amar berkata NGO yang mewakili masyarakat Orang Asli di kawasan itu juga diharap dapat hadir ke Kompleks Kota Darul Naim bagi berbincang dan menyelesaikan masalah berkenaan.

“Kita harap (masalah ini) tak berterusan sebab bagi saya ini lebih kepada salah faham… salah faham ini boleh diselesaikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Orang AsliPembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd