• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Mutu Perkhidmatan Di Luar Negara

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara agar menjaga mutu dan standard perkhidmatan bagi memastikan sumbangan mereka sentiasa dihargai.

Sebagai contoh, timbalan perdana menteri berkata di Arab Saudi, kepakaran rakyat Malaysia sebagai tenaga profesional dalam pelbagai bidang sememangnya diakui oleh negara berkenaan.

Beliau berkata tenaga profesional dan kejururawatan Malaysia yang berkhidmat di Arab Saudi merupakan yang terbaik dalam kalangan negara ASEAN dan memperoleh pendapatan yang tinggi.

“Kita mempunyai standard perkhidmatan menyamai negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Riyadh pada Khamis.

Majlis dihadiri isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu, turut disertai kira-kira 250 rakyat Malaysia yang tinggal di Riyadh, termasuk golongan profesional, jururawat dan pelajar.

Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa mengutamakan standard serta kualiti dan hanya menghantar tenaga kerja dalam bidang yang penting.

“Keistimewaan orang Malaysia…apabila kita mendapat gaji seperti itu (pendapatan yang tinggi), ertinya pengiktirafan mereka bukan sahaja kepada ketrampilan, kemahiran dan kemampuan profesionalisme yang ada pada kita.

“…tetapi piawaian atau standard yang tinggi terus dipertahankan oleh tenaga-tenaga profesional dan kejururawatan yang tidak pernah dikompromi kerana kita menjaga mutu piawaian itu…itu hebatnya orang Malaysia,” katanya.

Timbalan perdana menteri berkata kecemerlangan tenaga kerja profesional Malaysia yang mendapat pujian kerajaan Arab Saudi, juga hasil daripada sistem pendidikan negara yang sediakan kerajaan selama ini.

Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Arab Saudi, bermula Rabu. – BERNAMA

Tags: rakyat MalaysiaZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berhujan demi menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara Biduanita Negara, Datuk...

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd