• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Jalur Gemilang Umpama Hina Seluruh Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan warga Australia yang memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang Ahad lalu merupakan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan berkata tindakan sedemikian tidak bermoral kerana menjatuhkan maruah sesebuah negara.

“Walaupun seluar dalam itu dikatakan dibeli di Australia, ia tetap dianggap seperti menghina orang kita…hina darah orang kita.

“Perbuatan mereka itu kita tidak tahu tujuannya. Tetapi kalau untuk meraikan kemenangan pelumba yang mereka suka, tindakan sedemikian sangat tidak bermoral,” katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Media tempatan semalam melaporkan pihak polis telah berjaya menahan sembilan lelaki warga Australia yang disyaki terlibat dengan insiden itu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali dipetik berkata kesemua lelaki yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan reman empat hari bermula semalam.

Abdul Aziz berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan dan Seksyen 14 kanun sama kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Mohd Zaman Khan yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia memuji tindakan segera pihak polis dan berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Beliau turut menggesa satu demostrasi aman diadakan untuk memberi mesej bantahan kepada kedutaan Australia berikutan tindakan sembilan warga Australia itu.

“Kita patut berhimpun di hadapan kedutaan Australia untuk sampaikan mesej kepada mereka supaya jangan biadap terhadap rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: hinajalur gemilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai murid didakwa sudah tidak lagi memakai lencana besi Jalur Gemilang yang diberikan sebelum ini kerana rosak,...

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

12/10/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan terhadap penyebaran imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang disunting...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd