• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doping: Pemantauan Rapi Menjelang Sukan SEA 2017

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Institut Sukan Negara (ISN) dan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) diminta memantapkan lagi pemantauan terhadap penggunaan bahan terlarang ke atas atlet negara menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang kecewa dengan penggunaan bahan terlarang sejak kebelakangan ini, menegaskan agensi di bawah kementeriannya perlu menjalankan ujian rawak secara lebih kerap bagi memastikan penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet negara ini dapat dibendung.

“Kalau kita terpaksa hantar sampel yang banyak untuk diuji dengan pendekatan ujian rawak ini, saya rasa lebih baik kita buat sekarang daripada menerima keputusan positif di Sukan SEA 2017 nanti. Kalau mereka akhirnya menang pingat, pingat itu akan ditarik balik,” katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada perlawanan akhir Cabaran Badminton Asics di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Khairy memaklumkan kewujudan makmal doping di Bukit Jalil yang dicadangkan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menelan kos yang tinggi dan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

“Jadi, buat masa ini kita masih lagi terpaksa hantar sampel terlibat ke (makmal) di Thailand atau India.

“Saya harap satu hari nanti, kita dapat diberi peruntukan untuk membangunkan makmal yang satu ketika dulu diiktiraf Agensi Anti-Doping Antarabangsa (WADA) di USM (Universiti Sains Malaysia),” katanya.

Malaysia pernah mewujudkan makmal anti doping yang berpusat di USM, Pulau Pinang pada 1998 namun pada 2010 makmal tersebut terpaksa dihentikan operasi kerana tidak menepati akreditasi yang ditetapkan WADA. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd