Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Rakyat P.Pinang Boleh Nilai...

GEORGE TOWN - Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri sikap pemimpin negeri yang...

Sekolah Boleh Tutup Jika...

PUTRAJAYA - Bermula Isnin, pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi...

Setiausaha Politik Menteri Nafi...

PUTRAJAYA - Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan, Datuk Mohamad Dahlan Maamor hari ini membuat...

Bekas Suami Jahidah Diarah...

Johor Bahru : Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan peniaga yang didakwa menyebabkan kecederaan...

Campak Ular: Mujur Video Jadi Viral, Jika Tidak…

SOLIDARITI Anak Muda Malaysia (SAMM) mengakui pendedahan menerusi laman sosial mengenai video sekumpulan murid meredah kolam yang ada ular di dalamnya telah membuka mata ramai pihak terutama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam menjalankan modul latihan kepada pelajar sekolah.

Penyelarasnya, Faisal Zainal berkata, nasib baik video yang berdurasi hampir tiga minit itu tersebar di media sosial dan mendapat kecaman daripada netizen.

“Mujur video ini menjadi viral dan dikecam netizen, jika tidak pasti latihan seperti ini masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan mengenai kewajaran tindakan tenaga pelajar apabila mencampakkan ular dalam kolam kerana dianggap keterlaluan dan tidak sesuai terhadap murid sekolah rendah yang masih terlalu muda usianya.

Jelasnya, tindakan itu telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan boleh menyebabkan pelajar mengalami trauma.

“Tenaga pengajar beri alasan bahawa ular sawa itu tidak bahaya dan berbisa. Ini bukan soal bahaya atau tidak tapi soal pelajar jadi trauma dengan ular,” katanya.

Menurutnya, walaupun APM telah mengantung empat jurulatih dan enam pembantu APM Kuala Kangsar sehingga siasatan dalaman selesai, namun masalah murid yang kini trauma bukan mudah untuk diubati.

“APM perlu mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka kepada murid dan keluarga yang terbabit.


“Semoga ia menjadi pengajaran kepada tenaga pengajar berkenaaan dan APM sendiri agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Difahamkan, pembelajaran modul itu yang dijalankan sejak hampir empat tahun lalu telah digantung serta merta sehingga siasatan lanjut mengenai kejadian itu selesai.

Baru-baru ini, video yang memaparkan sekumpulan murid menjerit ketakutan selepas terpaksa mengharungi kolam yang telah dicampakkan dua ekor ular semasa menjalani modul latihan yang dikelolakan APM.

Video berkenaan mendapat kritikan netizen dan menganggap ia sebagai keterlaluan untuk murid sekolah rendah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori