• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunkface Sasar 6,000 Hadir Konsert Ulang Tahun Ke-10

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bunkface menyasarkan seramai 6,000 peminat akan hadir pada konsert Bunkface X Live In Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 24 Disember depan.

Vokalisnya, Sam atau nama penuhnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharom, 28, berkata, atas dasar itu juga mereka memilih Stadium Chin Woo di sini sebagai lokasi bagi membolehkan lebih ramai penonton hadir.

“Kami boleh pilih lokasi lebih kecil seperti KL Live tetapi ia hanya mampu memuatkan 2,000 penonton berbanding Stadium Chin Woo iaitu kapasiti 6,000.

“Bersempena ulang tahun ke-10 Bunkface kami ingin melihat lebih ramai peminat hadir tambahan pula lokasi tersebut strategik dan berdekatan dengan stesen LRT,” katanya kepada mStar Online.

Bunkface ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Menara Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Konsert anjuran Bunkface Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu bakal berlangsung selama dua jam bermula pukul 8 malam.

Dalam pada itu, Sam berkata, pada konsert itu nanti mereka bakal menyampaikan 20 buah lagu termasuk lagu baharu.

Bunkface bakal menyampaikan 20 buah lagu buat peminat pada konsert itu nanti.
Bunkface bakal menyampaikan 20 buah lagu buat peminat pada konsert itu nanti.

Malah kata Sam, mereka juga akan memberi penekanan kepada aspek teknikal seperti bunyi dan pencahayaan bagi memberi impak kepada persembahan mereka.

“Sebelum ini kami pernah mengadakan beberapa konsert dan mengesan masalah yang perlu diperbaiki.

“Jadi untuk konsert bersempena 10 tahun ini kami pastikan semua kesilapan yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang.

“Kami bukan hanya memfokuskan kepada senarai lagu sahaja tetapi aspek teknikal seperti bunyi dan pencahayaan kerana ia turut memberi impak,” jelasnya.

Sementara itu, Sam berkata, mereka sudah pun memulakan latihan untuk konsert berkenaan dan menjanjikan persembahan terbaik.

Sebagai bonus untuk peminat, Sam berkata, mereka akan melancarkan album kompilasi berjudul Bunkface X pada awal Disember depan sebagai tanda terima kasih kepada pengikut setia mereka.

Tiket Konsert Bunkface X Live In Kuala Lumpur boleh didapati menerusi www.myticket.asia dan ia dijual pada harga bermula RM50. – mStar Online

Tags: bunkfaceKonsert
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nourul Depp memilih Mimi Fly sebagai artis jemputan bagi konsert solo ‘For You Nourul’ yang...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd