• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buang Sikap Lapuk Untuk Jadi Umat Islam Progresif

oleh AK-47
02/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negeri ini agar ‘berhijrah’ dan membuang sikap lapuk yang boleh merugikan umat Islam.

Baginda bertitah umat Islam perlu bersedia untuk menjadi umat yang progresif dalam usaha meningkatkan martabat Islam sebagai mana kejayaan pencapaian umat Islam terdahulu.

“Beta mengharapkan semua pihak termasuk parti politik, pertubuhan sosial, agama dan rakyat harus bersedia menempuh dekad yang lebih mencabar ini.

“Semua pengajaran ini akan tinggal sejarah jika kita terus leka dan hanya berbangga dengan pencapaian umat terdahulu sedangkan kita sendiri tidak pernah berubah untuk mencapai kejayaan,” titah baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri 1438 H di sini hari ini.

Pada majlis itu, Hakim Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan, Rashid Ali dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri.

Rashid, yang merupakan guru Taranum Diploma Institut al-Quran Terengganu, menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej umrah (RM10,000), sepersalinan pakaian dan piala iringan serta sijil yang disampaikan oleh Sultan Mizan.

Mendirikan rumah tangga bersama Salbiah Embong, Rashid adalah guru Taranum di salur an radio Terengganu FM serta aktif dalam persatuan sukarela dan pertubuhan bukan kerajaan.

Pada sambutan itu, Sultan Mizan turut menyampaikan hadiah kepada Pengerusi Masjid At Taqwa Durian Burung Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri bagi Anugerah Masjid Kerajaan Terbaik manakala Pengerusi Masjid Nur Bakti Kampung Wakaf Baharu, Kuala Nerus Abdul Razak Mat Amin menerima anugerah bagi Masjid Mukim Terbaik.

Anugerah Keluarga Mithali disampaikan kepada Yaacob Abdul Rahman dari Kampung Tok Motong, Jertih dan Anugerah Keluarga Tunggal Mithali pula diterima Jamilah Ismail dari Kampung Chabang Tiga Oh, Jabi, Setiu. – BERNAMA

Tags: Sultan Mizanumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Sidang Khas RCI Tabung Haji Bersihkan Imej DAP, Penyelamat Kewangan Umat Islam?

Sidang Khas RCI Tabung Haji Bersihkan Imej DAP, Penyelamat Kewangan Umat Islam?

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sidang khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di Dewan Rakyat hari ini mungkin kelihatan seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd