Sample Page Title

‘TEAM B’ PAS telah dicipta khusus untuk menggulingkan Abdul Hadi Awang. Mereka yang menganggotai ‘Team B’ kebanyakannya adalah Anwarinas atau apa yang DAP panggil sebagai ‘moderates’ atau ‘progressive Muslims’.

Saya tidak begitu pasti apa sebenarnya makna ‘moderate Muslims’ atau ‘progressive Muslims’ kerana setakat ini saya tidak menemui sebarang rujukan mengenainya dalam Al-Quran.

Sudah tentu, saya tidak fasih berbahasa Arab jadi mungkin sebab itu saya tidak boleh mencari mana-mana dalam Al-Quran yang menyebut tentang ‘moderate Muslims’ atau ‘progressive Muslims’.

Apa-apa pun, saya berharap sama ada Mufti Perlis atau Perak boleh membantu saya mengenainya. Lagipun mereka ada mengatakan pengetahuan saya mengenai Islam masih belum cukup.

Jadi saya yakin mereka bukan sahaja akan gembira untuk membantu saya tetapi juga akan menganggapnya kewajipan agama dan khidmat mereka kepada Allah untuk membantu membimbing saya ke jalan yang betul.

Jadi kita mempunyai ‘Team B’ dalam PAS yang orang bukan Islam kenali sebagai ‘moderate Muslims’ atau ‘progressive Muslims’. Ini bermaksud ‘Team A’ adalah ‘extreme Muslims’ atau ‘regressive Muslims’.

Sekali lagi, tiada penjelasan diberikan dalam apa carakah ‘Team A’ adalah ekstrem atau regresif selain daripada mereka menyokong pindaan kepada syariah, yang mesti bermakna ‘Team B’ tidak menyokong pindaan tersebut.

Apa-apa pun, ‘Team B’ cuba untuk menggulingkan Hadi dan gagal. Malah, mereka hanya memenangi 20% undi dalam pemilihan parti dan hanya seorang daripada ‘Team B’ yang menang. Semua yang lain kalah.

Jadi mereka mengambil keputusan, kerana mereka tidak diterima lagi di dalam PAS, lebih baik mereka keluar dan memulakan parti baharu, yang mana DAP akan membantu membiayainya.

Mereka fikir kerana memenangi 20% undi, itu bermakna 20% daripada ahli PAS menyokong mereka. Jadi itu juga bermakna ‘Team B’ ada lebih kurang 200,000-250,000 penyokong dalam PAS yang akan meninggalkan parti itu bersama-sama pemimpin ‘Team B’.

Jadi mereka semua keluar untuk membentuk PAN, yang turut dikenali sebagai Amanah dengan memikirkan bahawa keahlian mereka serta-merta akan meningkat sebanyak 200,000-250,000 orang. Tetapi ia tidak berlaku.

Sebaliknya, kurang daripada 20,000 orang menyertai mereka dan itupun tidak semuanya dari PAS. Dan majoritinya adalah penyokong Anwar Ibrahim atau Anwarinas.

Kemudian Tun Dr. Mahathir Mohamad membentuk PPBM yang turut dikenali sebagai Pribumi. Sementara PAN sepatutnya menjadi pengganti kepada PAS, PPBM sepatutnya menjadi pengganti kepada UMNO.

Dan, seperti mana PAN fikir mereka akan segera mendapat 200,000-250,000 ahli PAS untuk menyertai mereka, PPBM menyangka akan mendapat tidak kurang daripada satu juta ahli Umno.

Lagipun, bukankah mereka pernah berjaya mendapat 1.3 juta-1.4 juta tandatangan bagi Deklarasi Rakyat Mahathir dalam masa hanya beberapa minggu.


Tetapi PPBM tidak dapat menandingi PAN dalam bilangan ahli. Ia masih cuba untuk capai 10,000. Dan berapa banyak daripada ahli-ahli baru itu diperoleh dengan cara yang sama mereka mendapat 1.3 juta-1.4 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat Mahathir?

Dan yang lebih penting lagi, ramai pemimpin PPBM baru (atau pemimpin akar umbi) sebenarnya adalah orang Anwar.

Mereka adalah orang yang asalnya dari UMNO (mereka menyertai UMNO semasa Anwar menyertainya pada tahun 1982). Ada yang dari ABIM atau dari kedua-dua UMNO dan ABIM pada masa yang sama.

Kemudian mereka menyertai PKN (kini dikenali sebagai PKR) apabila parti itu ditubuhkan pada tahun 1999 (PKN, sekurang-kurangnya 1,000 ahlinya yang pertama, pada asalnya adalah bekas ahli UMNO dan ABIM).

Kemudian, selepas pilihan raya umum 1999 dan sebelum pilihan raya umum 2004, apabila mereka tahu bahawa pembangkang akan gagal teruk, mereka semua meninggalkan PKR untuk menyertai atau menyertai semula UMNO.

Dan kini mereka semua telah meninggalkan UMNO untuk menyertai PPBM.

Jadi mereka telah menempuh perjalanan dari UMNO ke PKR ke UMNO ke PPBM. Dan, seperti juga PAN yang dikenali sebagai PAS baru, orang Anwar juga telah memenuhi PPBM.

Jadi Anwar, melalui ‘reverse take-over‘ atau pintu belakang (tiada maksud lain yang dimaksudkan di sini), kini menguasai kedua-dua PAN dan PPBM melalui proksi.

Maka, siapakah yang lebih bijak, Anwar atau Mahathir? Ah, tetapi tunggu dahulu … Mahathir, bagaimanapun, mengawal PKR, juga dengan menggunakan proksi.

Ini mula kedengaran seperti permainan yang Amerika Syarikat dan Rusia mainkan di rantau Timur Tengah. Tidak hairanlah Timur Tengah berada dalam keadaan yang kacau-bilau. – www.malaysia-today.net

Tulisan asal oleh : Raja Petra Kamarudin

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...