• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Angel Gowns’ Persalinan Terakhir Bayi Menuju Abadi

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULUHAN helai gaun kanak-kanak perempuan tergantung di palang rak itu, tersedia untuk dipersalinkan pada tubuh manusia kecil yang telah pergi menghadap Penciptanya.

Ya, dres beropol-ropol yang dijahit menggunakan fabrik mewah itu bukanlah untuk dipakai semasa majlis keraian mahupun hari perayaan, tetapi untuk membalut jenazah si kecil yang bakal dimakamkan.

'Angel Gowns' Persalinan Terakhir Bayi Menuju Abadi
Comel gaun-gaun berperincian cantik ini dibuat daripada dres pengantin terpakai untuk didermakan kepada jenazah bayi pramatang.

Ini adalah satu inisiatif badan amal Angel Gowns untuk  memberikan tiupan semangat kepada ibubapa yang kehilangan anak-anak mereka dengan cara ‘meraikan’ pemergian insan tersayang khususnya kanak-kanak dengan mendermakan baju-baju cantik sebagai persalinan terakhir si mati.

Ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Lisa Grubbs, isteri kepada doktor pakar bayi pramatang dan pengasas organisasi Helping Hands di Amerika Syarikat (AS) yang aktif memberi sokongan moral terhadap bayi-bayi yang menerima rawatan di dalam Unit Rawatan Intensif Neonatal, Angel Gowns kini bukan sahaja boleh didapati di seluruh AS, bahkan telahpun berkembang ke sembilan buah negara termasuklah Australia, New Zealand dan Singapura.

Apa yang lebih istimewa, setiap gaun dijahit menggunakan fabrik daripada gaun pengantin yang didermakan kepada badan bukan-kerajaan (NGO) tersebut.

'Angel Gowns' Persalinan Terakhir Bayi Menuju Abadi
Salah satu contoh gaun Angel Gowns yang menunggu ‘tuan’ barunya.

Menurut Grubbs; 44, dalam satu sesi interviu bersama portal berita Today.com, setiap gaun pengantin mampu menghasilkan antara 12 ke 20 helai dres bayi bergantung kepada saiz.

Walaupun gaun-gaun tersebut didermakan daripada wanita-wanita yang prihatin terhadap perasaan ibu bapa yang kematian bayi pramatang mereka, Grubbs menegaskan bahawa setiap dres Angel Gowns adalah istimewa dengan caranya tersendiri.

“Bayi-bayi ini bukanlah memakai busana terpakai ihsan orang lain, tetapi persalinan indah dan unik yang selayaknya mereka sarungkan untuk menemui Tuhan,” kata Grubbs.

'Angel Gowns' Persalinan Terakhir Bayi Menuju Abadi
Pengasas Angel Gowns, Lisa Grubbs (pertama dari kiri) bersama para sukarelawan pertubuhan tersebut.

Persoalannya, mengapa Angel Gowns hanya menerima gaun perkahwinan?

Kata Grubbs, gaun perkahwinan memberi satu signifikasi yang mendalam terhadap si pemakai, yang selari dengan matlamat pertubuhan itu.

“Gaun perkahwinan melambangkan harapan dan kegembiraan untuk memulakan kehidupan baru.

“Jadi, bukankah ianya sesuatu yang indah bagi ibu bapa untuk memberikan yang terbaik kepada  mendiang bayi mereka, meskipun buat kali terakhir?” jelas Grubbs lagi.

Setakat ini, organisasi ini sudahpun mempunyai 300 orang tukang jahit sukarelawan di seluruh dunia yang membantu untuk menyiapkan gaun-gaun tersebut.

Angel Gowns ini mempunyai empat saiz iaitu micro preemie, S, M, dan L. Selain itu, mereka juga menyediakan barut untuk janin berusia 20 minggu ke bawah.

Setiap gaun didatangkan dengan kotak serta dibalut dengan kertas putih dan akan didermakan kepada hospital, rumah-rumah urusan pengebumian atau terus ke rumah keluarga si mati melalui pesanan khas. – Sara Khalid/Mynewshub.cc

Tags: Angel Gownsbayikematian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd