• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman ‘Lone Wolf’ Lebih Cabar, Info Masyarakat Perlu

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu menyalurkan maklumat kepada kerajaan bagi menangani ancaman militan ‘lone wolf’ (secara bersendirian)yang sukar dikesan dan lebih mencabar berbanding kumpulan terancang, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau memberikan contoh keganasan oleh ‘lone wolf‘ yang merempuh orang ramai dengan sebuah trak di Nice, selatan Perancis Julai lepas sebagai bukti ada kekangan maklumat dalam agensi risikan mengenai tindakan agresif individu tertentu.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh apabila seorang pengganas memandu sebuah trak merempuh orang ramai semasa sambutan Hari Bastille.

“Paling penting ialah rakyat sendiri, mahu menangani ‘lone wolf‘ ini dan mesti ada yang menjadi mata telinga di peringkat akar umbi,” katanya menjawab soalan tambahan Dr. Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) di Dewan Rakyat hari ini mengenai tindakan kementerian menangani ancaman ‘lone wolf‘ .

Hishammuddin berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan pihak-pihak yang pernah melalui insiden keganasan membabitkan militan ‘lone wolf‘ seperti negara Perancis.

Menjawab soalan asal Lee mengenai setakat mana fahaman pengganas Daesh mempengaruhi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau berkata pada masa ini, ia adalah terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.

Katanya pada tahun ini, tiada anggota ATM yang dikesan cenderung atau terlibat dalam kegiatan Daesh.

Hishammuddin berkata pada 2014, hanya terdapat dua anggota ATM yang dikenal pasti dan ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terpengaruh dengan fahaman keganasan.

“Namun hanya seorang sahaja yang didakwa di mahkamah, manakala tahun lepas pula, seramai 11 orang telah ditahan dan didakwa di mahkamah di mana sembilan daripada mereka telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihak kementerian dan ATM telah mengambil pelbagai langkah termasuk membuat pemantauan terhadap anggota yang menjadi sasaran dieksploitasi oleh pengganas.

Ia termasuk program pasukan petugas Perisai Wira ATM, pelan pembangunan Fourth Dimension Malaysian Armed Forces (4D MAF) serta membangunkan keupayaan aset dan kelengkapan. – BERNAMA

Tags: ancamanHishammuddin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas MKN Bincang Potensi Ancaman Keselamatan Global – PMX Anwar

Mesyuarat Khas MKN Bincang Potensi Ancaman Keselamatan Global – PMX Anwar

03/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan mengadakan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam bagi...

PMX Anwar Arah Semua Menteri, Kementerian, Agensi Siap Siaga Kemungkinan Ancaman Keselamatan Global

PMX Anwar Arah Semua Menteri, Kementerian, Agensi Siap Siaga Kemungkinan Ancaman Keselamatan Global

03/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua menteri, kementerian dan agensi kerajaan supaya terus menjalankan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd