• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Tol LDP, SDE Laksana Sistem Kutipan Tol Elektronik Mulai 9 Nov

oleh Ahmad Albab
20/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kutipan tol secara elektronik (ETC) akan dilaksanakan sepenuhnya melibatkan lapan buah tol di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), bermula 12 tengah hari, 9 Nov depan.

Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan pelaksanaan ETC itu memerlukan pengguna membayar tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG.

Plaza tol LDP melibatkan Plaza Tol Penchala, Plaza Tol Petaling Jaya, Plaza Tol Puchong Barat dan Plaza Tol Puchong Selatan manakala di SDE melibatkan Plaza Tol Senai, Plaza Tol Ulu Tiram, Plaza Tol Cahaya Baru dan Plaza Tol Penawar.

“Untuk melancarkan operasi tol di kesemua plaza tol berkenaan, pihak konsesi lebuh raya akan memastikan kemudahan Lorong Tambah Nilai dan penjualan kad Touch ‘n Go di lorong beroperasi 24 jam.

“Kakitangan juga akan ditempatkan di lorong bagi membantu masalah yang dialami pengguna,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, pelaksanaan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pembayaran tol.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan ETC boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd, Litrak (syarikat pengendali LDP) di talian 03-74947012 dan SDE, 07-8612222.

Pengguna turut dinasihatkan mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui kesemua plaza berkenaan tol bagi melancarkan perjalanan. – BERNAMA

Tags: LebuhrayaTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd