Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Sekatan Import Produk Minyak...

KUALA LUMPUR - Momentum eksport Malaysia ke India yang kukuh ketika ini mungkin...

Saman Anwar 50 Juta:...

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari...

Eskalator, Lif Rosak Di...

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan kerosakan eskalator dan lif di beberapa perkhidmatan Transit Aliran...

Jemaah Menteri Sedia Ada...

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri sedia ada merupakan 'Kerajaan Sementara' bermula dari masa pembubaran...

Wanita Berhati Mulia Selamat Anjing Dalam Plastik

CERITANYA bermula apabila Malissa Sergent Lewis lewat datang ke sekolah dan dia terpaksa mengikuti jalan pintas untuk pergi ke tempat dia bekerjanya itu.

Namun jalan yang dilaluinya ketika itu kebetulan cukup lengang malah memang tidak ramai orang melalui jalan tersebut. Pada masa itulah, wanita ini melihat sebungkus plastik bergerak-gerak di tepi jalan.

“Saya melihat plastik itu di jalanan dan berfikir di kepala, apakah mungkin objek itu yang bergerak? Semakin dekat, saya yakin ia memang bergerak,” kata Malissa yang tidak menyatakan lokasi jalan itu.

The Dodo melaporkan, sebaik dibuka Malissa mendapati seekor anak anjing bergerak mengikut cahaya yang dilihatnya manakala ekornya dikibaskan menandakan ia gembira. Pada itu juga, Malissa memutuskan untuk membawanya ke tempat selamat.

Wanita Berhati Mulia Selamatkan Anjing Dalam Plastik

“Anak anjing itu memakai rantai di leher, menandakan ia ada tuan tetapi tiada maklumat tentang siapa pemiliknya. Kerana sudah terlewat, saya membawanya ke sekolah.”


Apabila pulang dari sekolah, haiwan itu dibawa ke sebuah klinik veterinar untuk diperiksa sama ada mempunyai penyakit. Nasibnya baik anak anjing itu dalam keadaan sihat.

Tidak pula diketahui sama ada ia dibuang oleh pemiliknya atau dicuri sebelum diletakkan di sana. Namun, Malissa memilih untuk memelihara anak anjing yang malang itu.

“Saya tidak habis berfikir, dan siapa yang tergamak buang ia ke dalam semak? Hanya orang berdarah sejuk yang akan melakukannya. Atau paling tidak, punya niat jahat,” kata Malissa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori