• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zika: Indonesia, 5 Negara Lain Isu Amaran Elak Ke Singapura

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Indonesia telah mengeluarkan notis nasihat perjalanan bagi rakyatnya yang mahu melancong ke Singapura susulan kes jangkitan wabak virus Zika yang mencatatkan 115 pesakit di negara kota itu setakat ini.

Republik terbesar rantau Asia tenggara tersebut menyertai sejumlah negara lain yang turut mengeluarkan amaran kepada rakyat mereka khasnya golongan wanita hamil supaya mengelakkan perjalanan ke Kota Singa itu.

Selain Indonesia, antara negara yang turut mengeluarkan amaran perjalanan tersebut kepada warga masing-masing ialah Amerika Syarikat, Australia, Taiwan, United Kingdom dan Korea Selatan.

Jiran terdekat Singapura, Malaysia walaupun tidak melarang rakyatnya ke republik pulau kecil itu namun meningkatkan pemeriksaan saringan kesihatan di pintu masuk sempadannya khasnya di Johor Bahru.

Sementara itu, amaran itu dilihat bakal memberi impak negatif kepada industri pelancongan Indonesia khususnya Kepulauan Riau kerana majoriti pelancong asing memasuki daerah tersebut melalui Singapura, kata pegawai di Lembaga Pelancongan Batam, Andika.

Baca: Jualan Ubat Nyamuk Laris Susulan Zika Singapura

Lagi: Mangsa Hairan Singapura Gagal Kesan Virus Zika

Zika: Indonesia, 5 Negara Lain Isu Amaran Elak Ke Singapura

Antara kawasan yang menjadi tumpuan pelancong antarabangsa di kepulauan tersebut ialah Karimun, Batam dan Bintan.

“Kami harap Singapura dapat menangani isu jangkitan wabak Zika ini dengan segera. Sudah tentu situasi di sini (Kepulauan Riau) akan menjadi lebih rumit jika keadaan ini terus berpanjangan,” kata Andika kepada akhbar Jakarta Post, semalam.

Singapura melaporkan kes pertama Zika pada minggu lalu dan situasi bertambah buruk apabila naik mendadak kepada lebih 100 kes hanya dalam masa empat hari, namun 34 orang daripada mereka sudahpun pulih sepenuhnya.

Susulan itu, pihak berkuasa Singapura melakukan pemeriksaan secara besar-besaran ke atas beribu-ribu buah rumah di tujuh kawasan di republik ini termasuk lima penempatan pekerja asing.

Virus Zika yang dibawa nyamuk aedes dikaitkan dengan serangan terhadap sel-sel otak janin dan menyebabkan mikrosefali, iaitu saiz kepala bayi yang lebih kecil daripada biasa dan otak yang kurang terbina. - MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiaSingapuraZika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd