RAKAMAN video aksi seorang lelaki gemuk menari di sebuah tasik dengan penuh konfiden menjadi viral menerusi laman Facebook.
Video pendek berdurasi selama 30 saat itu dimuat naik oleh laman Metafora Anafora 19 jam yang lalu.
Menerusi video yang dimuat naik itu, seorang lelaki gemuk dilihat sedang berbaring di atas sebuah dek sambil menghayunkan kakinya ke udara seolah-olah membuat aksi tari yang ‘mengghairahkan’.

Kemudian dia dilihat muncul dari dalam air dengan gaya yang dirasakannya penuh ‘keseksian’ dan ‘menggoda’ mengikut rentak lagu Naughty Girl yang dinyanyikan oleh penyanyi Hollywood, Beyonce.
Pada akhir video itu, dia dilihat memberikan beberapa pose sebelum menjatuhkan dirinya ke dalam tasik dengan penuh dramatik.
Video yang dimuat naik itu telah ditonton lebih 45 ribu pelayar media dan menerima lebih 130 perkongsian serta 100 komen.
Seorang pengguna Facebook, Zarina Ahmad menulis, “Macam minta kena gilis dengan lori.”
Manakala Victor Az Wa berkata, “Aku hanya anggap ini mimpi bukan realiti.”
“Hehe… makan hati jerung tengok dari kejauhan,” tulis Nurnilam Sari. – MYNEWSHUB.CC

