• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tauke Sawit Hadapi Tuduhan Gubah Wang Haram RM9j

oleh AK-47
22/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Seorang ahli perniagaan yang memiliki sebuah syarikat kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Keningau, Sabah atas tuduhan menerima wang berjumlah RM8,996,000.

How Kim San, 55, dituduh menerima wang berjumlah RM8,996,000 melalui enam keping cek yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 29 Mei 2013 hingga 23 September 2013 di sini.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ini merupakan pertuduhan kedua terhadap How selepas dia bersama bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (SLDB), George@Juaari Majid, 63, yang masing-masing didakwa melakukan pecah amanah dan bersubahat melakukan pecah amanah di Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu, semalam.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin tempatan.

Kes tersebut akan dibicarakan pada 27 Oktober bersama-sama pertuduhan terhadap How dan George di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.

Pendakwaan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam Sugumar Balakrishnan. – BERNAMA

Tags: syarikat kelapa sawitwang haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Wanita Didakwa Pindah Hasil Haram Lebih RM6j

19/01/2018
0

PETALING JAYA - Seorang peguam hartanah wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi 34 pertuduhan...

5 Individu Didakwa Ubah Wang Haram Lebih RM800k

27/03/2017
0

SHAH ALAM - Empat lelaki dan seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd