• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Individu Didakwa Ubah Wang Haram Lebih RM800k

oleh AK-47
27/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Empat lelaki dan seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM854,075 menerusi akaun bank masing-masing.

Ahmad Shazni Mat Hassan, 34; Shafii Ismail, 44; Nasarudin Ali, 62; Ahmad Suffian Abu Bakar, 31, dan Salisa Essoh, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zamri Bakar.

Ahmad Shazni didakwa menerima RM334,536; Shafii (RM448,564.05); Nasarudin (RM17,753.44); Ahmad Suffian (RM21,327.70) dan Salisa (RM31,894.54) yang merupakan hasil aktiviti pengubahan wang haram di beberapa cawangan Maybank termasuk di Seksyen 20 di sini dan Kuala Selangor, antara 3 Disember 2014 dan 29 Januari 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Hakim Zamri membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut memerintahkan kes mereka dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kes lain yang turut dihadapi Ahmad Shazni, Shafii, Nasarudin dan Salisa, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Shahrir.

Ahmad Shazni diwakili peguam Mohd. Faizi Che Abu, Shafii diwakili peguam Ling Yee Siew manakala Nasarudin, Ahmad Suffian dan Salisa diwakili peguam Adeeb Barakbah.

Pada 8 Februari lepas, Ahmad Shazni, Shafii, Nasarudin dan Salisa merupakan antara 24 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram dan salah guna wang milik Maybank Islamic Bhd.

Mahkamah membenarkan keempat-empat mereka diikat jamin RM8,000 setiap seorang dan menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: wang haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Wanita Didakwa Pindah Hasil Haram Lebih RM6j

19/01/2018
0

PETALING JAYA - Seorang peguam hartanah wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi 34 pertuduhan...

RM89 Juta Ditemui Dalam Rangka katil

26/01/2017
0

BOSTON - Seorang lelaki Brazil ditangkap selepas wang tunai berjumlah AS$20 juta (RM89 juta) ditemui disembunyikan di dalam rangka katilnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd