• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Wanita Didakwa Pindah Hasil Haram Lebih RM6j

oleh Ahmad Albab
19/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang peguam hartanah wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi 34 pertuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM6 juta ke akaun beberapa pelanggannya, dua tahun lepas.

J. Shanti, 49, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di dua mahkamah di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah dan Hakim Hilmiah Yusof.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut, wanita empat anak itu didakwa memindahkan wang berjumlah RM6,870,872.15 yang merupakan hasil aktiviti haram daripada akaun milik Tetuan Shanti Jeyapalan, Zeti Zulfah & Partners ke beberapa akaun pelanggannya.

Tertuduh, yang merupakan rakan kongsi firma itu, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank Berhad Cawangan Taman Tun Dr Ismail dan Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Ara Damansara, di sini antara 30 April dan 17 Nov 2015.

Dia dituduh mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntuk hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Husmarudin Husin tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam Lim You Ping yang mewakili tertuduh, memohon jaminan munasabah terhadap anak guamnya atas alasan dia mempunyai empat anak yang masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM560,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan itu serta syarat tambahan iaitu pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes berkenaan selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: wang haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Individu Didakwa Ubah Wang Haram Lebih RM800k

27/03/2017
0

SHAH ALAM - Empat lelaki dan seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima hasil...

RM89 Juta Ditemui Dalam Rangka katil

26/01/2017
0

BOSTON - Seorang lelaki Brazil ditangkap selepas wang tunai berjumlah AS$20 juta (RM89 juta) ditemui disembunyikan di dalam rangka katilnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd