Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PNGK STPM 2015 Catat...

PUTRAJAYA - Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negara dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan...

Penjual Ikan Didakwa Bunuh...

KUCHING - Seorang penjual ikan berumur 23 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di...

PKR Desak Kerajaan Benarkan...

KUALA LUMPUR - Bakal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Pusat Pengundian Awal PRK...

ROMPIN - Proses pengundian awal bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin hari...

Siti Buhari Mahu Contohi Semangat Kental Arwah Ibu

ANAK bongsu pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Siti Nur Fatimah Buhari menjadikan arwah ibunya itu sebagai idola dalam hidup.

Menurut Siti; 19, ibu merupakan insan yang paling dikaguminya dan dia mahu mencontohi semangat kental arwah dalam menjalankan perniagaan

Sosilawati bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 47, dan pegawai CIMB Bank, Norhisham Mohammad, 38, mati dibunuh secara tragis ketika umat Islam sibuk bersiap menyambut Aidilfitri pada Ogos 2010.

Mengakui kematian tragis ibunya meninggalkan trauma mendalam memandangkan dia kehilangan ibu dalam usia yang cukup muda iaitu seawal 13 tahun, Siti berkata:

“Walaupun ibu seorang ahli perniagaan yang sibuk, tapi dia sentiasa ada masa untuk kami anak-anak. Ibu akan masak sebelum pergi kerja dan dia juga menggunakan kesenangannya untuk membantu orang lain di luar sana.

“Sejak dari dulu, saya menanam minat untuk mencipta empayar bisnes sendiri, sama seperti arwah ibu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Ready To Wear (RTW) dan Eidul Adha 2016 Siti Buhari di Zebra Square, semalam.

Siti Buhari, label fesyen yang diasaskannya sejak April lalu mengetengahkan konsep rangkaian pakaian elegan, sofistikated dan Muslimah-friendly.

Mengakui bidang rekaan fesyen cukup dekat dengan dirinya, Siti memilih rangkaian pakaian sopan untuk wanita bagi jenama miliknya.

Untuk koleksi Eidul Adha sebanyak 10 rekaan eksklusif dikeluarkan dengan setiap keluaran hanya 120 helai sahaja.

Warna pastel seperti peach, coklat lembut dan hijau mint banyak melatari koleksi Eidul Adha serta rekaan minimal renda bagi mewujudkan konsep minimalis yang segar untuk penggemar fesyen tempatan.

raya5

raya3

raya4

raya1

rtw2

raya2


raya

Seleksi RTW Siti Buhari pula lebih banyak bermain dengan warna-warna asas seperti hitam, coklat dan merah.

rtw1

rtw

siti3

rtw2

siti2
Pelakon Ruhainies menggayakan koleksi Ready To Wear Siti Buhari.

Yang menarik, kesemua koleksi Siti Buhari ini dijual pada harga mampu milik iaitu kesemuanya di bawah harga RM350.

“Kesemua koleksi ini mula dijual di stor jualan atas talian Fashion Valet bermula pertengahan bulan ini dan kami juga akan menjualnya di vendor-vendor seluruh negara,” katanya yang cukup mengagumi rekaan pereka tempatan seperti Nurita Harith dan Mimpi Kita.

siti4

siti6

Untuk rancangan jangka pendek, Siti berharap impiannya untuk membuka butik menjelang tahun hadapan akan terlaksana.

Ditanya sama ada dia takut dibayangi nama ibunya, anak bongsu dari enam beradik itu dengan optimis memberitahu, dia tidak pernah jemu bercerita mengenai kehebatan ibunya, malah tidak rasa terganggu pun jika dikaitkan dengan mewarisi tuah anak jutawan. – MYNEWSHUB.CC

siti1
Siti bersama kakak sulungnya, Rita yang banyak memberikan sokongan moral kepadanya dalam menceburi bidang perniagaan fesyen.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori