• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tidak Perlu Adakan Pilihan Raya Mengejut – Azmin Ali

oleh Ahmad Albab
19/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selangor tidak perlu mengadakan pilihan raya mengejut berikutan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya tidak boleh mengkhianati mandat yang diberikan rakyat Selangor kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Tidak perlu (pilihan raya mengejut) sebab mandat yang diberi rakyat Selangor pada 2013 adalah amat besar, dan mandat itu diberi untuk tempoh lima tahun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Agensi-agensi Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja ‘mengubah’ peta negeri itu.

Selain Lim, beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain mempersoal persempadanan semula yang diumumkan SPR pada Khamis lepas.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan Selangor akan meneliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya berkenaan sebelum membuat sebarang bantahan terhadap cadangan tersebut.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan sekiranya persempadanan itu dilihat tidak mengikut terma atau peruntukan yang telah ditetapkan.

“Kita sedang teliti (persempadanan itu) dan petang ini, saya akan bertemu dengan barisan peguam untuk melihat kemungkinan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada ruang bagi maksud tersebut,” katanya.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan bahawa kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan satu kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang. – BERNAMA

Tags: Azmin AliKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd