• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rita Datuk Sosilawati Lancar Beg Victoria Sloane

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik produk kecantikan Nouvelles Visages, Rita Datuk Sosilawati meluaskan empayar perniagaannya dengan memperkenalkan koleksi beg tangan Victoria Sloane, hari ini.

Menurut Rita atau nama sebenarnya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, dia memilih beg tangan kerana ia merupakan kegilaannya sejak dari dulu lagi.

Rita Datuk Sosilawati Lancar Beg Victoria Sloane

Rita Datuk Sosilawati Lancar Beg Victoria Sloane

“Saya memang ‘gila’ dengan beg tangan, sebab tu saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan beg tangan, kalau saya pergi mana-mana (melancong), mesti beg tangan saya cari (shopping) dulu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Victoria Sloane yang diadakan di butik Fashion Valet, Bangsar Village 2, di sini hari ini.

Beg tangan di bawah jenamanya itu hanya boleh didapati melalui Fashion Valet menerusi butiknya dan di atas talian, www.fashionvalet.com.

Rita Datuk Sosilawati Lancar Beg Victoria Sloane
Rita Datuk Sosilawati bersama pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof.

“Beg tangan Victoria Sloane hanya boleh didapati menerusi Fashion Valet dan akan dipasarkan bermula Khamis ini.

“Rangkaian Victoria Sloane ini datang dengan dua variasi iaitu satu yang bercorak kosong dan satu lagi bercorak kulit buaya. 

“Setiap satu jenis itu ada sepuluh warna yang merupakan hasil idea saya dan team dan ianya cukup sesuai digayakan untuk sebarang majlis formal dan tidak formal,” katanya yang mengambil masa selama hampir setahun untuk merealisasikan jenama beg tangan miliknya.

Rita Datuk Sosilawati Lancar Beg Victoria Sloane

Rita Datuk Sosilawati Lancar Beg Victoria Sloane

Rita Datuk Sosilawati Lancar Beg Victoria Sloane

Menurut Rita, harga yang ditawarkan Victoria Sloane adalah mampu milik dan sesuai untuk semua golongan peringkat umur.

Untuk yang bercorak kulit buaya, ia dijual pada tag harga RM299, sementara yang bercorak kosong pula ialah RM229.

Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan kehadiran pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof dan selebriti terkenal seperti Fasha Sandha, Anne Ngasri, Farah Anuar dan kumpulan De Fam yang dianggotai Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis. – MYNEWSHUB.CC

Rita Datuk Sosilawati Lancar Beg Victoria Sloane
Antara selebriti popular yang memeriahkan pelancaran Victoria Sloane, dari kiri, Sophia Liana, Azira Shafinaz, Farah Anuar, Fasha Sandha, Vivy Yusof, Rita Datuk Sosilawati, Rita Rudaini dan Anne Ngasri.

Rita Datuk Sosilawati Lancar Beg Victoria Sloane

Tags: beg tanganPerniagaanselebritiWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd