• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rela Dipenjara Elak Hidup Dengan Isteri

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANSAS CITY – Seorang lelaki merompak bank di sini semata-mata mahu masuk penjara kerana tidak sanggup tinggal bersama-sama dengan isterinya lagi.

Menurut dokumen sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS), lelaki itu, Lawrence John Ripple, 70, bergaduh dengan isterinya pada 2 September lalu.

Dalam pertengkaran berkenaan, Ripple berkata kepada isterinya: “Saya lebih rela berada di dalam penjara daripada tinggal bersama kamu.”

Ripple kemudian menulis satu nota yang memberitahu dia membawa pistol dan mahukan wang sebelum masuk ke sebuah bank dan menyerahkan kertas berkenaan kepada juruwang.

Juruwang berkenaan yang terkejut terus menyerahkan wang tunai berjumlah lebih AS$3,000 (RM12,129) kepada Ripple.

Selepas mendapatkan wang, Ripple tidak melarikan diri sebaliknya duduk di lobi dan menunggu kedatangan pihak berkuasa.

Ripple turut memberitahu seorang pengawal keselamatan bahawa dia yang merompak bank berkenaan.

Selepas beberapa minit satu pasukan polis yang tiba di bank berkenaan terus menahan Ripple.

Ketika disoal siasat Ripple memberitahu polis, dia mahu dipenjara kerana mahu menjauhkan diri daripada isterinya.

Lelaki itu didakwa atas tuduhan merompak di sebuah mahkamah di sini pada Selasa lalu dan ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan seterusnya.

Sehingga kini Ripple belum melantik peguam dan dokumen mahkamah juga tidak mendedahkan punca dia bergaduh dengan isterinya. – Reuters/myMetro Online

Tags: lelakiPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd