• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Jangan ‘Mencuba’ Sokong Parti Baharu

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz mengingatkan rakyat untuk tidak ‘mencuba’ menyokong parti baharu, sebaliknya perlu terus memberi kepercayaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara.

Beliau berkata amat mudah untuk mendatangkan kerosakan kepada negara, namun usaha membaiki semula keadaan akan mengambil masa yang lama.

“Mereka (pemimpin parti baharu) akan hidangkan janji untuk mengubah sesuatu sekiranya diberi mandat pada pilihan raya akan datang, namun kita takut rakyat akan digula-gulakan dengan janji yang tidak dapat ditunaikan,” katanya.

Oleh itu, rakyat perlu terus memberi sokongan kepada BN untuk meneruskan agenda dirancang demi kesejahteraan rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Belian Padi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di kampung Selarong di sini, hari ini.

Sementara itu, Othman yang juga pengerusi MADA berkata sebanyak 13 Pusat Belian Padi telah diwujudkan di seluruh Kedah sehingga kini bagi memudahkan petani dalam menjalankan urusan menjual hasil padi.

“Sehingga 31 Ogos lalu, hasil Pusat Belian Padi MADA bagi musim 1/2016 telah dapat memberi manfaat kepada 1,697 orang dengan memperoleh hasil belian padi yang mencapai berat bersih sehingga hampir 9,000 metrik tan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kementerian kewanganpartiparti baharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd