• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persempadanan: Semua Parti Boleh Kemuka Bantahan

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Parti-parti komponen Barisan Nasional dan pembangkang mempunyai peluang secukupnya untuk membuat bantahan berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menegaskan semua parti harus meneliti cadangan persempadanan semula termasuk dari segi sama ada ia melibatkan kawasan yang ditambah atau dikecilkan jumlah pengundinya atau ditukar nama.

“Namun, saya tak fikir parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan semua cadangan berkenaan dan saya fikir pembangkang juga tidak semuanya bersetuju dengan cadangan pindaan itu.

“Tetapi saya berpendapat bahawa satu tempoh secukupnya akan ditetapkan SPR untuk membolehkan ketidaksetujuan itu diterjemah dalam bentuk bantahan,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Ahmad Zahid sebelum itu menghadiri resepsi bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk ketua delegasi yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

SPR mula mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah selama sebulan sehingga 14 Okt ini.

Ahmad Zahid seterusnya berkata dalam hal ini, beliau sedar kewujudan kenyataan daripada parti-parti komponen BN sendiri seperti MCA dan Gerakan yang memberi pandangan berbeza berbanding apa yang dikemukakan oleh SPR.

Beliau berkata SPR tentunya mempunyai kayu ukurnya sendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya itu.

“Saya fikir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku (pengerusi) Barisan Nasional akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN hujung minggu ini, dan tentunya perkara ini akan dibincangkan sebagai agenda utama,” katanya. – BERNAMA

Tags: PersempadananPilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Tegaskan Umat Islam Wajib Keluar Mengundi

Hadi Awang Tegaskan Umat Islam Wajib Keluar Mengundi

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa umat Islam wajib keluar mengundi kerana ia merupakan...

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd