• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelewengan Projek RM76 Juta, 7 Individu Bebas Reman

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tujuh individu, yang direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek saluran paip minyak bernilai RM76 juta di selatan tanah air, dibebaskan Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Kesemua lelaki itu, yang berumur di antara 27 hingga 60 tahun, terdiri daripada seorang pengurus besar syarikat cari gali minyak, seorang pengurus syarikat kontraktor dan lima kontraktor.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pengurus syarikat kontraktor terbabit dibebaskan dengan jaminan wang tunai RM30,000 dan bon RM500,000 dengan dua penjamin.

Pengurus besar syarikat minyak dan lima kontraktor pula masing-masing dibebaskan dengan jaminan wang tunai RM10,000 dan bon RM50,000 dengan dua penjamin.

Pengurus besar syarikat minyak, pengurus syarikat kontraktor serta empat kontraktor ditahan reman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 26 Ogos lepas sebelum disambung reman empat
hari lagi sehingga hari ini.

Seorang lagi kontraktor berusia 27 tahun, yang merupakan anak kepada pengurus syarikat kontraktor terbabit, ditahan reman pada 30 Ogos lepas.

Sebelum ini, seorang pengurus projek syarikat minyak berusia 60 tahun dan seorang kontraktor berumur 51 tahun, yang ditahan berhubung kes sama, dibebaskan SPRM setelah siasatan selesai pada 30 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: mahkamahPenyelewengan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menemukan sebarang unsur salah laku jenayah melibatkan rasuah atau penyelewengan berkaitan...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd