• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendedahan Media Indonesia, PDRM Ambil Tindakan

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH di media sosial baru-baru ini susulan pendedahan sebuah stesen televisyen dari Indonesia yang memaparkan ratusan pendatang tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui perairan negara di Tawau, Sabah.

Program berbentuk penyiasatan yang dijalankan wartawan televisyen TransMedia merakamkan tenaga kerja Indonesia (TKI) masuk secara haram ke Malaysia selain menyelongkar perjalanan PATI dipermudahkan dengan memberi rasuah antara RM50 hingga RM100 kepada pihak berkuasa negara ini.

Dalam video yang berdurasi 10 minit itu, PATI dibawa menaiki bot kecil dan perlu menunduk bagi menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa.

http://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2016/09/trans-Indon.mp4

 

Turut dapat dilihat dalam rakaman tersebut, sebuah bot yang tertulis POLIS namun tiada tindakan dilakukan walaupun sudah jelas memperlihatkan bot kecil itu membawa puluhan PATI.

Pendedahan video tersebut turut menamakan daerah Batu Tawau didakwa sebagai tempat ratusan PATI masuk ke negara ini tidak mengira waktu selain beberapa laluan tikus lain.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti anggota yang terbabit dan siasatan masih dijalankan secara terperinci.

“Kertas siasatan sudah dibuka termasuk mengenal pasti semua watak, gambaran lokasi yang didakwa menjadi laluan tikus selain kenderaan yang digunakan dalam video itu,” katanya.

Beliau mengakui ada PATI yang masih lolos melalui laluan tikus dan laluan haram di sepanjang persisiran pantai dan perairan namun pelbagai usaha dan operasi bersepadu dijalankan untuk membanteras masalah berkenaan termasuk merobohkan penempatan haram di perkampungan air. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiaPatipendatangperairanSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd