• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaftaran Pengundi: Boleh Lagi Selepas 30 September

oleh AK-47
29/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Orang ramai masih boleh mendaftar sebagai pengundi selepas 30 September kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun, kata Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah.

Beliau berkata mesej viral di media sosial yang menyatakan Jumaat (30 September) adalah tarikh tutup pendaftaran bagi melayakkan seseorang mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah tidak benar.

“Sebagai makluman 30 September 2016 adalah tarikh akhir bagi pendaftaran yang akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2016,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hashim menjelaskan individu yang mendaftar dalam tempoh bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016 akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat 2016.

Beliau menasihati orang ramai supaya mendaftar sebagai pemilih tanpa perlu menunggu di saat akhir atau disebabkan oleh sesuatu mesej yang viral.

Mohd Hashim berkata kenyataan bahawa pendaftaran pemilih boleh dilakukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp dengan menghantar gambar kad pengenalan ke talian tertentu juga tidak benar.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terperdaya dengan mesej yang diviralkan itu kerana dibimbangi malumat peribadi mereka akan disalahgunakan oleh pihak tertentu,” katanya.

Beliau menjelaskan kaedah pendaftaran yang diguna pakai sekarang memerlukan individu hadir sendiri ke kaunter pendaftaran SPR atau mana-mana kaunter pejabat pos berkomputer atau melalui penolong pendaftar pemilih yang dilantik SPR.

Orang ramai juga perlu membawa bersama kad pengenalan yang asal dan mengisi Borang A, katanya.

Menurut Mohd Hashim, jangkaan bahawa PRU14 akan diadakan pada Mac 2017 yang turut dinyatakan dalam mesej viral itu hanyalah andaian pihak tertentu.

Beliau berkata penentuan pembubaran Dewan Rakyat adalah bidang kuasa perdana menteri. – BERNAMA

Tags: Pendaftaran PemilihPilihan RayaSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd