• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan Fasa Pertama Pan Borneo Sabah Ikut Jadual

oleh Ahmad Albab
05/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerja pembinaan fasa pertama Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, yang antara lain membabitkan pembinaan Jalan Donggongon-Papar, berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Saya berpuas hati dengan kemajuanya. Setakat ini (kerja-kerja pembinaan) berjalan mengikut jadual ditetapkan. Belum ada masalah besar yang perlu diselesaikan, hanya membabitkan isu-isu kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia dan Majlis Menandatangani Aku Janji Program Transformasi Pembinaan Industri (CITP) oleh penggiat industri pembinaan Sabah di sini, hari ini.

Turut hadir timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam pada itu, Fadillah berkata pelantikan kontraktor bagi semua 35 pakej yang ditetapkan perlu dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Teknikal Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah selewat-lewatnya akhir tahun depan.

Fadillah berkata ini bagi memastikan kerja-kerja pembinaan lebuh raya untuk keseluruhan pakej terbabit dapat dimulakan menjelang 2018.

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa teknikal itu yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri Tan Sri Sukarti Wakiman ketika ini sedang berusaha untuk memuktamadkan pelantikan perunding projek.

“Perunding ini nanti (antara lain) akan membuat kaji selidik, reka bentuk terperinci serta reka bentuk kejuruteraan dan daripada situ nanti, baru melantik kontraktor.

“Untuk lantikan kontraktor ini, rakan pelaksana projek (PDP) melibatkan diri kepada semua pihak berkepentingan memandangkan projek ini adalah projek besar bukannya projek langsung dan kita memerlukan koordinasi yang baik,” katanya.

Projek lebuh raya tanpa tol dengan jajaran 1,236 kilometer bernilai RM12.86 bilion yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lepas itu dijangka siap menjelang 2021.

Ia akan dilaksanakan menerusi tiga fasa dengan fasa pertama membabitkan pembinaan 706 kilometer lebuh raya. – BERNAMA

Tags: Lebuhraya Pan Borneo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

09/04/2024
34

KUCHING - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak fasa satu bakal dibuka sepenuhnya pada suku kedua tahun ini. IKUTI CHANNEL...

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

Tiga Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah Siap Hujung Tahun Ini

26/09/2022
0

PAPAR - Tiga daripada 35 pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd