• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Spa Didakwa Tipu Eksekutif Lebih RM7 Juta

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik spa hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu seorang eksekutif wanita sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung urusan pembelian tanah, membabitkan kerugian lebih RM7 juta.

Wong Kim Woon, 54, didakwa memperdaya Fu Qinglan, 40, warga China untuk membeli tanah di Lot 80782, Mukim Batu, Wilayah Persekutuan, sedangkan tertuduh mengetahui tanah itu adalah milik kerajaan persekutuan yang tidak dibuka untuk jualan sehingga Fu menyerahkan wang sebanyak RM7,100,618.45 kepadanya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 80782, Jalan Metro Perdana Kepong, Metropolitan Park, di sini pada Jun 2011 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhd Ilmami Ahmad menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

“Jumlah jaminan itu tidak bersifat menghukum tetapi wajar dan memadai untuk menjamin kehadiran tertuduh ke mahkamah,” katanya.

Peguam Lim Yoi Ping, mewakili Wong pula berkata anak guamnya hanya mampu membayar wang ikat jamin sebanyak RM80,000 dan isteri tertuduh hadir ke mahkamah untuk menjadi penjamin.

“Tertuduh yang mempunyai tiga anak masih kecil, memerlukan rawatan selanjutnya untuk merawat penyakit kencing manis yang dihidapinya,” kata peguam itu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes itu selama empat hari bermula 9 Jan tahun depan selain menetapkan 7 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. – BERNAMA

Tags: kes tipuWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd