Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Seorang Maut, Seorang Cedera...

PORT DICKSON - Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang pemandu kereta cedera dalam...

Temani Kekasih Bersalin, Mourinho...

JOSE Mourinho mengkritik penyerang Manchester United Anthony Martial secara terbuka kerana tidak pulang...

Polis Siap Siaga Pembukaan...

KANGAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia untuk menambah anggota bagi mengawal sempadan...

Aksesori Papan Kekunci Tambahan...

SAMSUNG sering kali memperkenalkan beberapa idea dari segi aksesori tambahan untuk telefon pintar...

Pasangan Lakukan Seks Guna Beg Plastik Ganti Kondom

SEPASANG pelajar dari Vietnam terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami luka dan pendarahan pada alat sulit mereka setelah menggunakan beg plastik sebagai kondom.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, kedua-dua mangsa yang tidak didedahkan identitinya merupakan mahasiswa sebuah kolej di Hanoi. Difahamkan pasangan ini baru pertama kali melakukan hubungan seks.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Buah Pinggang Hanoi, Nguyen The Luong, memberitahu bahawa lelaki itu terlalu malu untuk keluar membeli kondom.

Tambah Luong, pasangan terbabit terpaksa diberikan antibiotik untuk membantu proses pemulihan mereka.

Jelasnya lagi, beg plastik tidak sesuai digunakan sebagai alat pencegah kehamilan kerana tidak mempunyai keanjalan dan pelincir bagi mengantikan kondom. Malah boleh menyebabkan calar dan luka pada vagina.

Pasangan Lakukan Seks Guna Beg Plastik Ganti Kondom


Menurut laman tempatan Tuoi tre, satu kajian dilakukan oleh Universiti Perubatan Hanoi dan Kolej Perubatan Hanoi terhadap 2,700 mahasiswa dari enam universiti di bandar itu mengenai amalan seks.

Hasilnya difahamkan sebanyak 16 peratus dari responden yang menyertai kajian itu mengaku telah melakukan hubungan seks dan hanya satu pertiga sahaja menggunakan kondom sebagai alat pencegahan.

Manakala sebanyak 25 peratus memberitahu bahawa mereka malu untuk membeli kondom atau alat pencegah kehamilan. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori