Thursday, December 5, 2024

Creating liberating content

Perbincangan Mengenai Hentian HSR...

PUTRAJAYA - Perbincangan untuk memuktamadkan jumlah hentian Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala...

Kesihatan Ayahanda Baik –...

TEMERLOH - Tahap kesihatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berada dalam keadaan yang...

Sukan Asia: Tiada Atlet...

KUALA LUMPUR - Tiada dalam kalangan atlet Malaysia diuji positif dalam ujian doping...

Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga...

SEORANG wanita berusia 43 tahun di Australia bertindak mengurung 14 ekor kucing dan...

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di mana-mana premis perniagaan di negeri itu pada tahun hadapan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, kerajaan negeri sedang meneliti punca kuasa untuk berbuat demikian bagi menguatkuasakan inisiatif berkenaan dalam usaha ke arah bebas penggunaan beg plastik.

“Sebenarnya kita telah mengadakan bengkel untuk memperkuat atau memperketat undang-undang berkaitan di samping tindakan penguatkuasaan bagi perkara itu.

“Ketika ini, penting juga untuk kita mengetahui jenis punca kuasa yang boleh digunakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri supaya apabila diumumkan inisiatif ini, ia dapat dilaksanakan seiring dengan tindakan penguatkuasaan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini pada Isnin.


Beliau menjawab pertanyaan tambahan Mariam Abdul Rashid (PH-Meru) mengenai perancangan kerajaan negeri untuk terus mempergiat kempen sifar plastik dan polisterina di Selangor.

Selangor mula melaksanakan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ pada 2010 dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan pada setiap Sabtu.

Pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar. 

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori