• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Komponen BN Digesa Rancakkan Persediaan PRU14

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya merancakkan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata mereka perlu sentiasa turun padang dan membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama golongan miskin.

Menurutnya ini boleh dilakukan dengan membuka bilik gerakan yang berperanan memberi khidmat kepada masyarakat.

“Kita berharap usaha ini membolehkan kita merampas semula negeri seperti Selangor dan negeri lain daripada pembangkang,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Subang di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail.

Ketika berucap, Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas sebagai timbalan perside3n UMNO, menunjukkan teks ucapannya yang agak panjang namun beliau terpaksa meringkaskan ucapannya kerana suaranya yang serak.

Mengenai khabar angin kononnya beliau diserang sakit jantung dan angin ahmar semalam, katanya, ia tidak benar.

“Saya memaafkan pihak yang menyebarkan khabar angin itu…saya masih masih sihat, cuma penat dan suara serak kerana merasmikan lapan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian minggu ini.

“Saya terpaksa jumpa doktor buat pemeriksaan, bukan kerana diserang sakit jantung seperti khabar angin yang menyatakan ramai mendoakan saya cepat padam (meninggal dunia),” katanya.
– BERNAMA

Tags: PRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd