• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pamer Nombor Plat Palsu, Pelajar Kolej Didenda RM6,000

oleh Ahmad Albab
01/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej swasta hari ini didenda RM6,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Trafik bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya.

Mohammad Aswat Hamdan, 20, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.

Dia didakwa mempamerkan nombor pendaftaran palsu iaitu WFJ9437 di bahagian hadapan dan WFJ6437 di bahagian belakang motosikalnya, di Jalan Parlimen di sini, pada 12.45 malam, semalam.

Mohammad Aswat yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta di sini didakwa mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Insp Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan denda yang ringan dengan alasan dia perlu membayar yuran pengajian. – BERNAMA

Tags: dendanombor plat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skim Bantu Golongan Muda Berkaitan Pinjaman Perumahan

Next Post

Jalan Sultan Ismail Dibuka Seperti Sedia Kala

Related Posts

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

19/03/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc...

Kelantan Denda Maksimum RM2,000 Terhadap Individu Buang Sampah Di Luar Tong

Kelantan Denda Maksimum RM2,000 Terhadap Individu Buang Sampah Di Luar Tong

13/02/2025
0

Kota Bharu : Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan...

Next Post

Jalan Sultan Ismail Dibuka Seperti Sedia Kala

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd