• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Denda Maksimum RM2,000 Terhadap Individu Buang Sampah Di Luar Tong

oleh Mohd Arshad
13/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kelantan Denda Maksimum RM2,000 Terhadap Individu Buang Sampah Di Luar Tong
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, pihaknya juga akan mengesan individu terbabit melalui kamera litar tertutup (CCTV) termasuk mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan.

“Kita akan menjejaki mereka sehingga ke rumah untuk menyerahkan notis saman kerana kesalahan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya iaitu di luar tong,” katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Kerja Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud ke Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua PBT juga sedang meningkatkan pemasangan CCTV ke seluruh jajahan dan setakat ini sudah ada beberapa kes individu dikesan membuang sampah di luar tong disediakan di Machang dan Bachok.

“Semua individu terbabit sudah dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah dengan denda sehingga RM2,000.

“Kes itu termasuklah pembuangan sampah di luar tong, membawa sampah atas but kereta atau membuang sampah industri/pukal ke dalam tong awam,” katanya yang turut mengambil maklum mengenai situasi sampah ada kalanya terpaksa diletakkan di luar tong kerana sudah penuh.

Hilmi berkata, perbuatan membuang sampah merata-rata tidak boleh diterima kerana tempoh mendidik yang diberikan sudah terlalu lama dan diharapkan dengan tindakan seperti ini masyarakat dapat mengubah sikap.

-Harian Metro

Tags: buang sampahdendaKelantan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd