Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Program Belajar Berasaskan Kerja...

SHAH ALAM - Program pembelajaran berasaskan kerja, antara setahun dan dua tahun yang...

Lebih 600 Premis Di...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Sabah telah mengenal pasti lebih...

Cuaca Panas Melampau, Ibu...

ALOR SETAR - Ibu bapa di sini bimbang terhadap kesihatan anak masing-masing ekoran...

Penganggur Sorok Heroin Celah...

ALOR SETAR - Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah dalam...

OPEC Bersetuju Kurangkan Pengeluaran Minyak

PERTUBUHAN Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akhirnya bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah, langkah pertama seumpamanya dalam tempoh masa lapan tahun.

Persetujuan mengenai perkara itu dicapai di Algiers, lapor CNN Money.

Pasaran memberikan reaksi kepada pengumuman berkenaan dengan harga minyak mentah naik lima peratus dari harga sebelum itu.

Lambakan pengeluaran telah menjunamkan harga minyak dalam tempoh dua tahun. OPEC yang diketuai Arab Saudi sebelum ini berkeras tidak akan melakukan sebarang penurunan pengeluaran.

Di bawah persefahaman yang terbaru, jumlah pengeluaran minyak mentah akan dibawa ke tahap antara 32.5 juta hingga 33 juta tong sehari berbanding kadar pengeluaran semasa yakni 33.4 juta tong.

Arab Saudi dijangka akan mengurangkan sehingga 350,000 tong minyak sehari, menurut sumber yang rapat dengan OPEC.

Negara OPEC lain juga dijangka akan mengambil langkah yang sama namun tidak diketahui jumlah pengurangan yang akan dibuat.


Tiga negara, yakni Iran, Nigeria dan Libya yang merupakan anggota OPEC diberikan pengecualian dari melakukan sebarang pemotongan.

Sekatan ekonomi ke atas Iran ditamatkan awal tahun ini manakala Libya dan Nigeria mengalami kemusnahan beberapa infrastruktur pengeluran minyak akibat serangan pengganas dalam tempoh beberapa bulan yang lalu.

Minyak diniagakan pada kadar dollar AS100 pada pertengahan 2014, namun bekalan berlebihan peringkat global membawa harga menjunam kepada ASD26 pada Februari lalu.

Kerapuhan pasaran minyak menyebabkan harga saham mulai menjunam sekali bermula awal tahun ini.

Dalam masa beberapa bulan lalu, harga minyak mulai naik sedikit apabila didagangkan sekitar ASD47 satu tong. -Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori