• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Myanmar Miliki Dadah Bernilai Lebih RM40,000

oleh Ahmad Albab
07/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seorang nelayan warganegara Myanmar merupakan antara 21 individu yang ditahan polis Daerah Hilir Perak dalam Ops Tapis Bersepadu di beberapa lokasi sekitar Teluk Intan sejak semalam hingga awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata lelaki tersebut ditahan di sebuah kawasan perumahan di Hutan Melintang pada pukul 1 pagi tadi selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya pemeriksaan ke atas beg silang suspek menemukan 2,200 biji pil dadah jenis methamphetamine, 195 gram syabu, 6.32 gram heroin bernilai RM40,150, alat penimbang elektronik dan satu pasport Thailand.

“Semasa cuba ditahan, berlaku pergelutan selepas lelaki itu cuba melarikan diri tetapi akhirnya berjaya ditangkap dan suspek kini direman 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Wan Hassan suspek yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak dua bulan lepas turut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Selain itu, Wan Hassan berkata pihaknya telah menangkap 20 lelaki tempatan kerana memiliki pelbagai jenis dadah serta 30 botol air ketum.

Katanya enam daripada yang ditahan dipercayai aktif mengedar air ketum sejak tiga bulan lalu di sekitar Teluk Intan dan kini direman empat hari di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.

“Ketika ditahan, keenam-enam mereka sedang berkumpul di sebuah rumah dan air ketum yang dirampas dianggar sebanyak 45,000ml.

“Bagi tangkapan lain sebanyak 23.46 gram dadah jenis heroin dan 0.38 gram dadah jenis methampetamine dirampas,” katanya. – BERNAMA

Nelayan Myanmar Ditahan Miliki Dadah Bernilai Lebih RM40,000

Tags: kes dadahNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd